IMG_8161.jpg
 

Memperkasa pelajar untuk mencapai cita-cita

MULA SEKARANG

Tentang Kami

 
PID favicon.png

Project ID memperkasa pelajar untuk mencapai aspirasi kerjaya mereka dengan mempelajari cara untuk memimpin diri dan orang lain.

 

 

Bagaimana Kami Memberi Impak

Program kepimpinan dan aspirasi kerjaya kami dapat membantu pelajar berfikir tentang hala tuju impian dan meningkatkan akses peluang mereka, sekaligus pada masa sama memberi galakan padu dalam usaha memupuk set kualiti yang diperlukan ke arah penetapan trajektori pelajar yang lebih berjaya.

Memimpin Diri

Pelajar Project ID (IDers) dapat membina keyakinan diri dan motivasi mereka dengan mengenal pasti jati diri personaliti masing-masing. Melalui keyakinan terhadap diri sendiri dan usaha ke arah pembentukan sahsiah peribadi, maka pelajar ini akan mempunyai inspirasi untuk mencapai impian dan segala potensi yang mereka mampu.

Memimpin Orang Lain

IDers menyemai perasaan rendah diri dan kesungguhan tekad untuk membina sesuatu yang lebih besar daripada keupayaan diri mereka sendiri. Melalui pembelajaran dalam menentukan hala tuju, dorongan kepada rakan-rakan dan pengurusan projek, kepimpinan pelajar ini boleh menjadi pemangkin untuk memacu perubahan dalam sesebuah komuniti.

 

Usaha/Tindakan Kami

Kami yakin betapa keberkesanan impak ini hanya boleh dicapai melalui perlaksanaan jangka panjang dan penglibatan berterusan dengan pelajar-pelajar terbabit. Oleh itu, program kami diaktifkan melalui satu set aktiviti impak tinggi yang mengambil kira konteks pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1-5).

Dengan menyemai set kepelbagaian nilai, pembelajaran kemahiran-kemahiran, dan penyediaan pendedahan tertentu dari segala segi, pelajar-pelajar dapat memulakan perjalanan pembelajaran ke arah usaha untuk memimpin diri dan orang lain.

Kok Hao_PID Bunting.JPG

Nilai-nilai

  • Semangat juang
  • Keazaman tekad
  • Kerjasama

Kemahiran

  • Penilaian Mentor
  • Perancangan halatuju
  • Pengurusan projek
  • Kemahiran komunikasi

Pendedahan

  • Lawatan ke Universiti
  • Pameran Kerjaya
  • Peluang biasiswa
  • Kunjungan penerokaan kerjaya
  • Ikon teladan daripada pelbagai industri

 


Aktiviti Kami


Impak

Selepas setahun bersama Project ID...

IDers dapat mengenal pasti dengan lebih mendalam berkaitan cita-cita mereka

IDers dapat menyatakan dengan jelas tentang satu institusi pengajian tinggi

75%.jpg

IDers menjawat jawatan kepimpinan dalam kelab ko-kurikulum dan badan pengawas.

IMG_8060.jpg

Testimonials

 
Project ID telah membantu saya menjadi lebih berani untuk mengharungi pelbagai cabaran akademik mahupun kokurikulum. Saya juga lebih bersedia untuk memeta impian saya.
— Shahril, Project ID 2013
Through Project ID, I discovered my ambition is to be a scientist and learned how to plan for it. I realised I need to get into Science stream in Form 4, and therefore I really had to improve my grades. Today I made it. I am in the Science stream on my way to achieving my dream.
— Hidayah, Project ID 2013
Pelajar-pelajar Project ID mempamerkan kepimpinan yang tinggi, kemahiran berfikir secara matang serta pembangunan etika dan kerohanian yang menyeluruh.
— Pn Jawariah bt Md Zin, Principal of SMK Pendamaran Jaya
Saya menyokong dan mempelawa ibu bapa yang lain untuk turut serta menyokong penglibatan anak-anak anda dalam Project ID demi masa depan mereka.
— En Safri bin Samsudin, Chairman of Parent Teacher Association SMK Pendamaran Jaya

 

Hubungi Kami

Dalam usaha kami untuk terus menerajui impak keberkesanan, kami teruja untuk memperkasakan lebih ramai pelajar untuk mempunyai impian yang lebih besar. Ketahui bagaimana anda boleh turut serta!

 

Ikut kami di

Nama *
Nama